Khamis, 11 Februari 2016

Hati ku untuk kau hancurkan

Suatu hari aku terbaca...
Kau menulis dari hati yang lara
Sedihnya kamu kerana hari itu adalah hari terakhir kamu berjumpa dengannya...
Dia yang membuat kamu tersenyum gembira
Dia yang kamu sanggup serahkan apa sahaja demi melihat dia bahagia...
Dia yang kamu tak pernah jemu berbual mesra
Dia yang kamu rindu bila tiada
Dia pelengkap hidup kamu
Dia yang membuat kamu tersenyum...

Kenapa...
Dia melangkah ke jinjang pelamin membawa hati kamu...
Jasadmu bersamaku..
Namun hatimu bersama dia
Atau mereka...

Hatiku untuk kau hancurkan..
Aku rela..
Namun begitu,
Aku harus pergi
Kerna kau harus kejar cintamu itu
Bahagiakah kamu bila bersama aku
Orang yang kau tak cinta...

Keluarlah...
Jangan berselindung di balik tirai gelap itu
Cahaya kan hatimu dengan cinta yang kau pilih...

Aku...
Aku bisa hidup dengan kengan yang indah ini...
Untuk apa aku hidup bersama insan yang tidak pernah ikhlas menyayangi aku...

Jumaat, 11 Disember 2015

aku berdosa

Aku di layan bagai tunggul
Aku di perli bagai pesalah
Aku di buang bagai pengemis
Aku redha...

Layan aku seperti yang sepatutnya
Andai kau tak mahu,
Lepas aku sebaiknya...

Aku berdiam..
Aku berdosa.
Aku bersuara...
Aku berdosa.
Kata ku kau anggap dusta
Diamku kau anggap masam muka

Aku penat,
Andai ini balasan dosa
Alhamdulillah..
Aku terima
Allah masih sayang aku
Balasan ini tidaklah sesakit mana
Jika dibandingkan dengan yang lain

Dia pernah katakan padaku,
Jika diberi pilihan,
Dia akan memilih kamu
Dia akan tunaikan...

Dia telah memiliki kamu
Aku akan lepaskan kamu..

tiada kata

Saat itu kau sangat berang kerna lelaki itu membuat masam muka denganmu
Tapi kini aku yang lelaki itu khianati
Kau hanya ucapkan padaku biarkan..

Saat wanita itu mengadu itu dan ini sedih kerna perbuatanku padanya
Aku yang kau marahi hingga setiap kali itu kita bermasam muka
aku biarkan..

Saat aku mengadu itu dan ini diatas semua penindasan mereka terhadap aku,dan yang lain..
Kau hanya bisa duduk terpaku lalu terus memarahiku..
Lantas kau menuduhku memfitnah mereka..
Alangkah kecilnya hatiku ini...

Terdetik di hati kecilku ini...
Aku siapa?
Bukankah aku yang harus kau bela...
Kenapa saban kali perkara mereka juga menjadi punca pergaduhan kita?

Akhirnya...
Aku tahu..
Kita memang tidak serasi..
Jika mereka yang kau bela..
Pergilah dikau kepada mereka..
Tinggallah aku sebatang kara..
Aku sanggup..
Supaya hati ini tidak terluka lagi..


Jumaat, 13 November 2015

wanita

Wahai lelaki
Tahukah wanita ini sangat emosi
Mereka sangat prihatin kepada pasangannya
Mereka ingin selalu disisimu setiap saat
Mereka sangat romantis denganmu

Wahai lelaki
Mungkin itu merimaskan kamu
Mungkin itu bukan cara kamu
Mungkin dia tidak kamu kenali

Kerna...
Jika kamu kenali
Kamu akan faham
Itu adalah wanita

Sabtu, 24 Oktober 2015

Perit merindu

Rindu...
Itu ungkapan paling manis..
Meski engkau tak pernah ungkapkan
Meski engkau tidak rasakan

Perit merindumu...
Kerna hanya aku yg merindu
Namun tidak kuharapkan balasan
Tapi rinduku bersulamkan airmata

Jumaat, 23 Oktober 2015

I miss u like crazy

Aku merinduimu...
Meski aku tidak mengucap pada dunia
Aku tersangat sangat merinduimu
Sesaat kau pergi
Aku tercari bayanganmu
Bagaimana harusku tempuh lebih dari sesaat?

Aku merinduimu...
Kala sunyi telingaku
Tiada suara cerita darimu
Tiada gurau sendamu
Tiada teman baikku

Tangisku tidak bermakna bagimu
Kau jauh disana
Dipisahkan lautan
Entah masih punya waktu aku esok hari?

Ahad, 20 September 2015

lelaki


Wahai lelaki...
Andai dapat kau rasa
Kasih sayang seorang wanita
Tidak kau berpaling melihat wanita lain

Adakah wanita yang bersalah?
Tidak menepati citarasamu?
Jadi,mengapa memilihnya?
Bukankah kamu yang memilih?

Wahai lelaki...
Bayangkan kesetian yang diberi oleh seorang wanita bertukar kepada kecurangan sebagaimana kamu telah lakukan...
Kasih sayang yang selama ini hanya dicurah pada kamu sahaja terbahagi,malah terlebih atau kesemuanya pada lelaki lain sebagaimana yang kamu lakukan apa yang kamu rasa...
Hati yang dulu dipenuhi memori berdua kini ada yang ketiga...
Adakah kamu inginkan begitu?

Selagi mampu tersenyum,wanita akan terus tersenyum walau disebalik luka yang parah..
Tapi sekali dia terluka yang amat dalam...
Kamu akan kehilangannya...